Pura-pura Cool.

Aku tahan agar tetap tak gugur.
Namun aku akur.
Aku tetap penipu.
Yang menipu sendiri.
Ah ! Aku benci dilihat lemah.
Lemah dek air mata.
Yang aku cuba tahan.
Sehingga perit tekak.
Pilu dada.
Seperti dirembat selaju 600km/j.
Aku tak mahu jadi lembik.
Longlai seperti agar-agar.
Hancur seperti habuk.
Tetapi aku mengaku.
Diri aku sememangnya rapuh.
Ibarat kayu disimbah air berhari-hari.
Ibarat kereta accident depan belakang kanan dan kiri.
Sungguh aku benci terlihat diri tenggelam.
Tenggelam dalam malam bersama air-air jernih.
Keluar perlahan dari mata ke bantal.
Yang keringnya tentu esok hari.
Aku benci terlihat diri dengan tangisan.
Tangisan yang ramai anggap kelemahan.
Padahal mereka tak pernah ambil tahu;
Kelemahan inilah kekuatan.
Kelemahan inilah aku masih berdiri sendiri.
Aku sumpah diri sendiri aku benci melihat air mata.
Tapi tak mampu untuk aku halang.
Kerana aku benci terlihat lemah.
Lemah dengan diri dan bayangan.
Ah ! Aku benci !

Aku minta, ubati hati.
Tapi. Tak ada pun mengerti.
Pertolongan apatah lagi.
Nampaknya diam aje lah sendiri.

Kerana aku pura-pura cool.

Comments

Popular posts from this blog

kisah seorang julia. [Part 2]

Tabung Babi