Posts

Showing posts from April, 2010

cucur udang.

atuk nenek. gigi tiada. manis ketawa. gusi terlihat. pinggan panas di dapur, kipas nyaman di beranda. sipu-sipu duduk malu. gurau manja atuk nenek. urat kendur menyusur kulit. otot lembik di sisa tulang. atuk nenek bersama. semesra tepung bergaul udang. p/s : thanks for the 5 wonderful years sayang. love you.

diam.

engkau duduk, engkau diam. terbayang sudah. lamanya peristiwa. engkau murah. engkau diam. mudahnya mendapat. sukarnya mengubat. engkau bodoh. aku diam. mereka ketawa. masamnya muka.

dia lembu.

dia dulu seperti lembu. kemana mengikut sahaja. kini dia seperti semut. hilang subang dihidung. hilang tali di leher. diseret kesana sini. dia kini bebas. seperti semut.

pulanglah kakak.

kakak. pulang lah. adik menunggu. kakak. jangan lah pergi jauh. adik merinduimu. kakak. jangan lah lari. adik perlukanmu. kakak. kembali lah disisi. adik ingin memelukmu. kakak. ingat lah pada kami. kami keluarga mu. andai kakak mahu pergi, bawa lah adikmu ini sekali. bawa lah anakmu itu sekali. adik minta maaf. adik maafkan kakak. pulang lah lekas kakak. kami merinduimu. kami memerlukanmu.

biarkan anak burung itu terbang.

Image
jika anak burung itu mahu terbang, biarlah ia terbang. bebas di awan biru. daripada ia sakit, terseksa di dalam sangkar. tiada siapa yang tahu. terbang lah anak burung ku. terbang bebas di awan biru. andai engkau sudah dewasa, masih engkau ingat pada aku, engkau pulang lah. tiada lagi sangkar untuk mu. yang ada hanya kasih sayang. aku biar engkau terbang. wahai anak burung ku.

air mata.

luar diri dia ketawa. dalam hati dia menangis. sekeliling dia penuh. tetapi dia kosong. dia menggaru. dia buntu. dia keliru. apa yang dia cari. siapa yang mengerti. dia tiada siapa. kini. dia kosong. dalam hati. dia menangis.