Posts

Showing posts from December, 2009

pop corn.

hidup ini macam pop corn. ada bahagian yang manis. ada bahagian yang tawar. ada bahagian yang tiada apa-apa rasa.

air mata.

air ini hampir jatuh. aku tahan. hati sakit. air ini hampir jatuh. seperti malam tadi.

mak ayah.

terima kasih mak ayah. kerana membesarkan aku. menjadi insan. terima kasih mak ayah. kerana menjaga aku. makan pakai aku. terima kasih mak ayah. hantar aku ke sekolah. menjadi pandai. terima kasih mak ayah. mengatur hidup aku. jadi seperti yang kau mahu. terima kasih mak ayah. menjadikan aku doktor. walau aku mahu jadi cikgu. terima kasih mak ayah. kahwinkan aku dengan anak raja. walau aku hanya mahu anak drebar. terima kasih mak ayah. kerana tidak memahami aku. dari kecil hingga dewasa. terima kasih mak ayah. terima kasih mak ayah. p/s : kadang-kadang, mereka lupa apa yang kita minat. mereka mahu kita menjadi seperti yang mereka mahu. mereka ialah doktor. mereka mahu kita juga doktor. mereka lupa. mereka perlu menyokong. atau menggalakkan. mereka lupa semua itu. sehingga boleh menghancurkan masa depan anak mereka. bukan salah sesiapa. tanya lah mereka. noktah.

aku mahu. tapi malu.

oi. aku sayang engkau. aku mahu beritahu engkau. supaya engkau tahu. tapi aku malu. oi. aku sayang engkau. tapi, engkau tak tahu. atau engkau buat-buat tak tahu. jangan lah macam tu. oi. aku sayang engkau. dah lame. aku nak engkau rase. ape yang aku rase. oi. aku sayang engkau. aku dah tak mampu. nak tanggung rase sayang aku. aku rase nak jerit. oi. aku sayang engkau. aku tahu engkau sayang aku jugak. tapi engkau tak nak mengaku. konon engkau pun malu. oi. aku sayang engkau. engkau buat aku seksa. tapi aku bahagia. sebab kite selalu jumpa. oi. aku sayang engkau. hari-hari aku berdoa. engkau jodoh aku. walaupun aku tahu, itu semua tipu. oi. aku sayang engkau. aku teringin hendak berjalan bermesra dengan engkau. aku tengok engkau senyum dari jauh. sampai aku mimpi-mimpi. oi. aku sayang engkau. aku harap aku dapat beritahu engkau. engkau cinta pandang pertama aku. engkau cinta pertama aku. oi. aku sayang engkau. aku nak beritahu engkau. aku sayang engkau. sayang sangat-sangat. macam semut