Thursday, May 19, 2016

Lelap

Lelap aku dalam kelukaan,
Agar aku tak bisa rasa kebencian.
Tidur aku dalam kesedihan,
Agar sendiri aku simpan.

Aku cuba buang dendam.
Aku tahan dengan tenang.
Aku teruskan bertahan.
Kerana aku mati pilihan.

Kau satu aku kenang.
Kau satu aku sayang..
Aku harap kau mengerti.
Aku harap kau memberi.

namun,

Kau tetap

EGO.

Friday, November 27, 2015

Si gila dan tidak.

si gila. dada kosong. perut penuh.
si gila. bulu panjang. lupa sunat.
si gila. ketiak hitam. punggung senget.
si gila. duduk sana jauh-jauh.
si gila. semoga jumpa jalan lurus.
bersama agama sendiri.
yang si gila cipta.
si gila.
bodoh.







kepada si gila,
coretan puisi si gila diatas adalah untuk kau wahai si gila.

yang benar,
si tak gila.





15 Ogos 2010

Wednesday, April 29, 2015

Sang Pencinta Tegar. Sang Si Bodoh lainnya.

Saat kau melafaz CINTA,
Adakah kau sama merasainya ?
Kau pernah mencalar hati.
Mungkin ini balasan Ilahi.
Kau pernah seikhlas memohon ?
Ribuan maaf yang kau simpan.
Konon kau sang pencinta tegar.
Tapi kau pengkhianat sendiri.
Kau robek, kunyah, biar tersiat.
Kau tak sikit sebelah kening melihat.
Seperti salah bukan dipelir kau.
Salah bukan dibahagian kau.
Bodoh pada sang pencinta setia lainnya.
Menyimpan sendiri bertahun sendiri.
Syukur bodoh itu tak lama.
Bahagia dia akhirnya juga.
Bersama Sang Pencinta yang Lebih Tegar lainnya.

Sambil ketawa melihat dan melihat.


Ha Ha Ha.

Semoga kau dapat.


Tuesday, January 6, 2015

Kau tiada duanya.

 

Kau tak peduli.

Darah jadi besi keluli.

 

Kau berani.

Walau dibunuh beribu kali.

 

Kau lah perwira.

Bila sebutir semua kau telan.

 

Kau lah pejuang.

Tak pernah mata merogol mimpi.

 
Kau,
Kau tak pernah lena.

 

Kau satunya.

Tuesday, October 21, 2014

Secebis Bahagia.

Aku rasa ingin menangis.
Tak tahu mahu berkata.
Aku hanya ingin menangis.

Cuba aku cuba tahan.
Aku tak tipu terlalu terbeban.
Ah ! Cilaka lah aku perlu tahan.

Allah bantulah si pendosa.
Tetapkan segala seperti biasa.
Aku ingin secebis bahagia.

Sunday, August 24, 2014

Greatest Gift That I Met You. Verse two

Will you love me just like a river,
Coz it flow through the shadow through the day.
Please don't love me like a flower,
Coz it will stop breathe and die one day.

You are my sugar and my apple,
A little bit of flour and sweet and sour.
Together we jump at all barrier,
That comes with doa and our prayer.

And we finally happily tie the knot,
Don't be afraid coz I am not.
It will be full with colors not a single black,
I will never put you behind my back.

Tuesday, August 12, 2014

kita dapat. kita suka.

Tak semua benda kita nak, kita dapat.
Tak semua benda kita dapat, kita suka.

Tapi sebenarnya, benda itu lah apa yang kita perlukan.



Maka,





......bersyukur lah.