Posts

Showing posts from January, 2014

Dunia bising berkata-kata.

Kita hanya mendiamkan bicara. Biar dunia berkata-kata. Kita hanya melihatkan suasana, Dan biar segala bersuara. Yang dibawah kebawah, Yang teratas diatas. Yang tegap masih teguh. Yang longlai hilang terus. Dunia tenat. Manusia hebat; Gah membina. Nah ! Tersedia. Lalu katakan mereka terlupa. Melupakan Tuhan yang tetap ada. Melupakan sakit pedih dan perit. Teruskan hidup yang busuk bersisa. Hormat ? Patuh ? Taat ? Anjing ? Semut ? Kerbau ? Pilih antaranya. Kerana setiap satu lain maksudnya. Burung kakak tua ada barangkali. Hormat patuh dan taat. Namun ia tetap burung. Yang terbangnya dikira tiba-tiba. Terus berdiri lah... Berdiri tetap..... Muntah...... !! 

Betapa ia mencengkam.

Rindu itu menyeksakan ia seperti dicengkam mencengkam bergelora tak duduk diam berdebar tak tentu hala seolah sesuatu tak kena resah gelisah berpeluh peluh dahi kerut hati gundah menangis menguap Bernafas pun sangkut Ketawa pun semput apatah lagi senyuman adakah ia satu penyakit ? Bila rindu semakin tinggi melangit ingin diusir tetapi indah ingin diluah tetapi tebal buat bodoh buat donno lama-lama rindu hilang diam-diam terus dipegang betul rindu itu memang mencengkam menyeksakan pergi lah gila !

Nukilan buatmu Lampu LipLap.

Nukilan: Mentol Malap Buatmu: Lampu LipLap Nukilan indah si Lampu LipLap, Terangi hati yang pernah gelap, Mentol yang dahulunya malap, Bercahaya kembali seperti digilap. Berlalu episod kedua-tahun, Hati letih bagai diracun, Terkenang segala sumpah yang bacul, Mencari penawar tak muncul-muncul, Dia percaya ketentuan Yang Esa, Berehat seketika agar hati selesa, Diri kecil terus bertanya, Mungkinkah ini petunjuk dari-Nya ? Bernafas dia sedalam-dalam, Cuba memberi sedikit ruang, Tak mahu dia terus tenggelam, Terbiar diri terus seorang, Andai sudah sedia tertulis, Hatinya berbunga tersenyum manis, Jodoh bukan satu gurauan, Ianya telah ditetapkan. Wahai Tuhan Yang Maha Adil, Tinggi memerhati di Arasy sana, Jika ini untuk dia yang kerdil, Izinkanlah bahagia terlaksana. Keakhirnya. Ke-noktah-nya.

Nukilan dari Lampu LipLap

Nukilan dari seseorang yang secara tiba-tiba digelar Lampu LipLap kepada Mentol Malap. Sesungguhnya, Mentol Malap berasa amat tersentuh dan terharu. Terima kasih Lampu LipLap. Nukilan: Lampu liplap Buatmu: mentol malap Masih berdiri sehingga hari ini Menanti Dan terus menanti Mencari jalan mencari diri Apa yg dicari masih tiada erti Ku mencari diri Kau mencuri hati Apakah ini suratan Illahi Berserah aku munajat diri Debaran dihati saban hari Tersentak aku tanpaku sedari Mentol Malap yang kukenali Kini kembali menerangi Menerangi hati yg t'lah lama dilukai Kau bercahaya bersinar dihati Ingin ku miliki menjadi hakiki Bersabarlah wahai hati Teruskanlah perbaiki diri Andai dia yg kau hajati In Sha Allah hingga sampai saatnya nnti Dia pasti penemanmu hingga ke jannah Illahi Suatu hari mendatang, Mentol Malap akan membalas nukilannya.