Posts

Showing posts from February, 2014

Di sementara

Seminit lepas aku mimpi. Mimpi sendiri yang tak pasti. Dalam diam aku berfikir. Dan bertanya.... Sampai bila ? Sampai bila ? Diam sahaja. Tiada apa. Namun perlu aku teruskan juga. Kerana aku masih di sementara.

Semua Serentak.

Apabila semua datang. Semua datang segala serentak. Aku tersentap. Aku nak muntah. Tak mampu simpan. Dan tak mampu luah. Mahu aku carut; Silaka. Tapi apa aku dapat ? Tiada. Mahu aku membabikan sahaja. Bagai kulit disiat-siat. Disiram cuka Apple Cider. Pedih sial ! Aku cuba tenang beristighfar; Astaghfirullah. Astaghfirullah. Menyebut nama Yang Esa. Mengalun kalam-kalamNya. Bahawa kalamNya pengubat hiba. " Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman" -Surah Israa' : 82. Aku terus lena....

Manja aku hanya kau seorang boleh rasa.

Image
Dia akhirnya terjumpa. Sang rama-rama. Yang buat dia ketawa. Yang buat dia ceria. Yang buat dia lupa. Terdahulu yang segala. Dia akhirnya temui. Si pelangi. Yang menerangi. Yang menyinari. Yang menyeri. Disetiap hari. Dia harapkan tetap. Tetap bersama. Tetap keakhirnya. Tetap ke-tua. Tetap selamanya. Janji dia, Jadi yang tercomel. Jadi yang tergila. Jadi yang tersewel. Jadi yang terdegil ? Jadi yang tergedik. Jadi yang termanja. Jadi yang terbaik. Jadi yang terindah. Jadi yang tersemua. Jadi dia. InshaAllah. Tolong jangan keluar dari hati. Dia tak mahu sakit parah lagi.