Posts

Showing posts from 2010

Agar Sempurna.

Gembira. Suka. Ketawa. Ikut lah bersama. Bersama ke tahun baru. Tinggalkan segala luka. Bersama yang lama. Memori indah ku bawa bersama. Memori hitam ku tinggal selamanya. Agar sempurna. Selamat Tahun Baru.

pergi lah.

Pergi lah duka. Tinggal bersama segala kenangan. Yang ku harapkan hanya lah gembira.

karma.

aku percaya pada karma. kau bisa rasa kembali apa aku rasa. kerana. aku percaya pada karma.

setelah segala aku beri.

aku beri dia bahagia. dia beri aku luka. aku beri dia ketawa. dia beri aku luka. aku beri dia kekuatan. dia beri aku luka. aku beri dia gembira. dia beri aku luka. aku beri dia sokongan. dia beri aku luka. aku beri dia madu. dia beri aku luka. aku beri dia senyuman. dia beri aku luka. aku beri dia segalanya. dia beri aku luka. apa lagi harus aku beri ?

tak ingin aku ia kembali.

hidup aku. ibarat tomato. diluar nampak segar. tapi. didalam masam terasa. hidup aku. ibarat penipu. terlakar ketawa diluaran. tercakar luka didalaman. aku benci menangis seorang diri. sering aku harapkan sang rama-rama menemani. aku tahu semua itu hanya mimpi. tak mungkin sang rama-rama datang mendampingi. pergilah perasaan. tinggalkan aku seorang. pergilah perasaan. aku perlukan ruang. pergi jauh tercampak disana. tak ingin aku ia kembali. tak ingin aku ia kembali. aku terkenang perkara itu lagi......... aku kecewa.

how if I had wings ?

If I had wings. I would give one to him. so we can fly together. to the place we want. where nobody bother.

bila indah.

bila hidup indah, kita terlupa menghargai hidup itu. bila hidup tidak indah, baru kita mencari penghargaan.

terbaring aku bertemankan tetikus.

berkali aku tahan. air ini jatuh. aku seorang. terbaring. bertemankan bantal. bertemankan tetikus. jari aku pantas. pantas menaip. sepantas itu juga. air mengalir. aku cuba mencari sinar. cuba mencari jalan. jalan pintas. tak juga aku temui. terbaring lagi. bertemankan sedu. bertemankan emosi. air. berhenti lah mengalir. aku benci.

entah

menangis. aku menangis tanpa sebab. sayu.

nafas yang satu.

beri aku udara. untuk aku hirup. beri aku nafas. untuk aku bernafas. beri aku ruang. untuk aku berehat. aku perlu nafas. untuk bernafas.

engkau bodoh.

tak usah banyak bicara. jika engkau tiada tahu. tak usah diam membisu. jika engkau terang mengerti. bicara banyak pada tiada tahu. diam membisu pada yang mengerti. engkau bodoh. p/s : tak paham tak ape. ini bicara aku.

betapa bodohnya dirinya.

bodohkah dirinya ? masih menerima. masih memaafkan. masih membiarkan. membiarkan dirinya diperbodohkan. biarkan dirinya dipergunakan. dipergunakan dengan sengaja. dengan sengaja dirinya disakiti. disakiti sekali lagi. sekali lagi dirinya terpaksa menerima. bodohnya dirinya. untuk apa dirinya bertahan ? sedangkan dirinya tahu dirinya disakiti. pilu sekali. pernah dirinya terfikir untuk berlari. berlari sejauh mungkin. kerana dirinya tiada guna. kerana dirinya tiada erti. kerana dirinya tidak dihargai. pahitnya sepahit peria. masinnya semasin laut. pilunya sepilu duri terhiris. dirinya sekali lagi terluka. hatinya pernah sembuh. hatinya pernah terubat. hatinya juga terluka kembali. hatinya juga parah sekali. hilang air mata tangisan dirinya. tangisan yang dahulu laju mengalir. tanpa mengira bicara. bodohnya dirinya. dibiarkan begitu. sedirian. mengubat luka. yang terluka. ditempat lama. bodohnya dirinya. dirinya hanya lah sebutir kaca. yang membutuhi cinta. fuck !

Limau

Kita sanggup lupakan perasaan kita hanya kerana kita tidak mahu persahabatan kita terputus. Walaupun perasaan kita itu indah sebenarnya. Indah dari persahabatan.

ini ialah si kecil itu.

menangis. lebih baik di dalam hati. ketawa. lebih baik di bibir. sakit. simpan sahaja. gembira. beritahu semua.

si kecil itu. sembuh lah.

kasihan si kecil itu. dia ingin di manja. tapi luka yang dapat. dia ingin di belai. tapi tangis yang dapat. dia sungguh kasihan. bertahun si kecil itu cuba. cuba untuk menerima. cuba untuk kuat. cuba untuk mengubat. tapi hampa. si kecil kecewa lagi. si kecil tidak kuat. dia hanya si kecil. hati nya, si kecil mengerti. sendiri sahaja. tiada siapa mendengar. kasihan si kecil itu. dia ingin meluahkan. tapi, dia tiada teman. yang memahami. dia hanya si kecil. si kecil yang keseorangan. si kecil itu hanya tersenyum. tersenyum indah. bagai tiada apa. dia cuba untuk kuat. tapi sebenarnya dia tidak mampu. kasihan si kecil itu. sendirian. merawat luka. kecewa. sekali lagi. kasihan.

cucur udang.

atuk nenek. gigi tiada. manis ketawa. gusi terlihat. pinggan panas di dapur, kipas nyaman di beranda. sipu-sipu duduk malu. gurau manja atuk nenek. urat kendur menyusur kulit. otot lembik di sisa tulang. atuk nenek bersama. semesra tepung bergaul udang. p/s : thanks for the 5 wonderful years sayang. love you.

diam.

engkau duduk, engkau diam. terbayang sudah. lamanya peristiwa. engkau murah. engkau diam. mudahnya mendapat. sukarnya mengubat. engkau bodoh. aku diam. mereka ketawa. masamnya muka.

dia lembu.

dia dulu seperti lembu. kemana mengikut sahaja. kini dia seperti semut. hilang subang dihidung. hilang tali di leher. diseret kesana sini. dia kini bebas. seperti semut.

pulanglah kakak.

kakak. pulang lah. adik menunggu. kakak. jangan lah pergi jauh. adik merinduimu. kakak. jangan lah lari. adik perlukanmu. kakak. kembali lah disisi. adik ingin memelukmu. kakak. ingat lah pada kami. kami keluarga mu. andai kakak mahu pergi, bawa lah adikmu ini sekali. bawa lah anakmu itu sekali. adik minta maaf. adik maafkan kakak. pulang lah lekas kakak. kami merinduimu. kami memerlukanmu.

biarkan anak burung itu terbang.

Image
jika anak burung itu mahu terbang, biarlah ia terbang. bebas di awan biru. daripada ia sakit, terseksa di dalam sangkar. tiada siapa yang tahu. terbang lah anak burung ku. terbang bebas di awan biru. andai engkau sudah dewasa, masih engkau ingat pada aku, engkau pulang lah. tiada lagi sangkar untuk mu. yang ada hanya kasih sayang. aku biar engkau terbang. wahai anak burung ku.

air mata.

luar diri dia ketawa. dalam hati dia menangis. sekeliling dia penuh. tetapi dia kosong. dia menggaru. dia buntu. dia keliru. apa yang dia cari. siapa yang mengerti. dia tiada siapa. kini. dia kosong. dalam hati. dia menangis.

mudah.

roda itu keatas kebawah. bukan kekiri kekanan. dia kedepan kebelakang. bodoh.

rendah

dia rasa rendah. dia rasa kecil. dia jatuh. tak mampu bangun. dia hilang. entah dimana. dia tidak berguna. sungguh tiada guna. mengapa dia di dunia ? dia tiada siapa. dia rasa hina. dia rasa lemah. tak mampu lagi. sakit.

tersungkur.

dia kuat. dia gagah. dia tabah. tapi dia tersungkur. jatuh terjelopok. mencium jubin. tidak berbasuh. siang hari dia bermimpi. petang hari dia hujan. teruk dia tersungkur. tercedera. terasa malu. terasa hina. dia lupa. pernah dia kuat. pernah dia gagah. pernah dia tabah. konon boleh. konon mampu. dia lupa. harapan dia setinggi gunung. hancur berkecai di permulaan. belum bermula. sudah berakhir. pulang dia dari hujung dunia. mencari apa yang ada. menggapai apa yang mampu. kembali ke jalannya. malu. seksa. dicemuh. dihina. dia buntu.

kamek.

ulat sagu jadi lauk. mee kolok jadi makanan. sampan kecil jadi kereta. pokok - pokok jadi teman. ke dunia baru aku melangkah. urat - urat terkejut. ibu bapa seronok. kakak meraung. rakan menangis. bahagia lah untuk aku. berdoa lah untuk aku. agar selamat aku disana. ditempat orang. sungguh aku tak ingin. sungguh aku tak mahu. tapi ini tugas aku. aku perlu. tabah lah alia. kuat lah alia. harungi semua. bila teman tiada.

separuh jiwaku pergi.

separuh jiwaku pergi. membanting tulang. tetap aku menunggu. separuh jiwa itu kembali. selamat kembali sayang.

dia kaku terpaku.

ke kanan dia mencari, di kiri dia temui. selangkah dia bergerak, berbatu dia temui. tiada jauh, tiada dekat. bersungguh-sungguh menggapai bintang, jatuh di lautan. dia bertanya, sedalam mana jatuhnya bintang ? dia menjawab, sedalam dia mahu mencari. selongkar hati ingin tahu, di hujung sana dia terpaku. dia duduk, kaku. penat. lelah.

tiada kata.

mereka hilang kata-kata. aku menggaru kepala. disudut sana mereka tertawa. dibalik sini dia merana. jauh berjalan. menaiki gunung. tidak berdaki. tidak sampai. aku diam tiada luah. mendengar khabar dari sana. aku pusing tiada hala. mencari kekuatan entah di mana. sedikit aku jalan. berlari aku mengejar. tingginya impian. setinggi awan. diam. tatkala tercapai. tiada kata. tangis terluah.

biar.

kekasih. aku sayang engkau. kau buat aku senang. kau buat aku lapang. kau buat aku gembira. kau buat aku hilang kata-kata. walau kadang-kala, kau sakiti hati aku. kau bermain mata belakang aku. kau dusta dengan kata-kata kau. aku tetap sayang kau. kau kekasih. aku sayang. tetapi. kau bukan lagi milik aku. kau bersama orang lain. kau hanya kekasih aku. bukan aku kekasih kau. p/s : when a girl, has to sacrifice her love. to let him happy, with the one he loves.

terima kasih kawan-kawan.

terima kasih kawan-kawan. menyokong aku dibelakang. terima kasih kawan-kawan. berkat doa kalian, terima kasih kawan-kawan. tidak aku lupa jasa kalian. terima kasih kawan-kawan. aku sayang kalian. kerana kalian. aku dapat apa yang aku mahu. terima kasih kawan-kawan.

noktah.

aku ingin kan noktah. noktah untuk tiap persoalan. noktah persoalan yang tiada jawapan. noktah untuk segalanya. aku ingin noktah. dimana mahu mencari ? dimana akan aku ketemu? noktah yang selama ini aku cari. aku ingin noktah. noktah untuk tamatkan segalanya. noktah.

manusia itu sukar.

manusia. itu sukar. tidak pernah puas. dan terlupa bersyukur. manusia. itu sukar. sudah tidak puas. lagi tidak bersyukur. manusia. itu sukar. lupa menghargai. lupa menikmati. manusia. itu sukar. segalanya sukar.

tahun baru.

dikala mereka mula menyanyi. ada yang menangis. dikala mereka mula menyorak. ada yang kesusahan. dikala bunga api meletus. ada yang merana. dikala sorakan selamat tahun baru. ada yang sengsara. sedar lah.