Posts

Showing posts from June, 2010

terbaring aku bertemankan tetikus.

berkali aku tahan. air ini jatuh. aku seorang. terbaring. bertemankan bantal. bertemankan tetikus. jari aku pantas. pantas menaip. sepantas itu juga. air mengalir. aku cuba mencari sinar. cuba mencari jalan. jalan pintas. tak juga aku temui. terbaring lagi. bertemankan sedu. bertemankan emosi. air. berhenti lah mengalir. aku benci.

entah

menangis. aku menangis tanpa sebab. sayu.

nafas yang satu.

beri aku udara. untuk aku hirup. beri aku nafas. untuk aku bernafas. beri aku ruang. untuk aku berehat. aku perlu nafas. untuk bernafas.

engkau bodoh.

tak usah banyak bicara. jika engkau tiada tahu. tak usah diam membisu. jika engkau terang mengerti. bicara banyak pada tiada tahu. diam membisu pada yang mengerti. engkau bodoh. p/s : tak paham tak ape. ini bicara aku.

betapa bodohnya dirinya.

bodohkah dirinya ? masih menerima. masih memaafkan. masih membiarkan. membiarkan dirinya diperbodohkan. biarkan dirinya dipergunakan. dipergunakan dengan sengaja. dengan sengaja dirinya disakiti. disakiti sekali lagi. sekali lagi dirinya terpaksa menerima. bodohnya dirinya. untuk apa dirinya bertahan ? sedangkan dirinya tahu dirinya disakiti. pilu sekali. pernah dirinya terfikir untuk berlari. berlari sejauh mungkin. kerana dirinya tiada guna. kerana dirinya tiada erti. kerana dirinya tidak dihargai. pahitnya sepahit peria. masinnya semasin laut. pilunya sepilu duri terhiris. dirinya sekali lagi terluka. hatinya pernah sembuh. hatinya pernah terubat. hatinya juga terluka kembali. hatinya juga parah sekali. hilang air mata tangisan dirinya. tangisan yang dahulu laju mengalir. tanpa mengira bicara. bodohnya dirinya. dibiarkan begitu. sedirian. mengubat luka. yang terluka. ditempat lama. bodohnya dirinya. dirinya hanya lah sebutir kaca. yang membutuhi cinta. fuck !

Limau

Kita sanggup lupakan perasaan kita hanya kerana kita tidak mahu persahabatan kita terputus. Walaupun perasaan kita itu indah sebenarnya. Indah dari persahabatan.

ini ialah si kecil itu.

menangis. lebih baik di dalam hati. ketawa. lebih baik di bibir. sakit. simpan sahaja. gembira. beritahu semua.

si kecil itu. sembuh lah.

kasihan si kecil itu. dia ingin di manja. tapi luka yang dapat. dia ingin di belai. tapi tangis yang dapat. dia sungguh kasihan. bertahun si kecil itu cuba. cuba untuk menerima. cuba untuk kuat. cuba untuk mengubat. tapi hampa. si kecil kecewa lagi. si kecil tidak kuat. dia hanya si kecil. hati nya, si kecil mengerti. sendiri sahaja. tiada siapa mendengar. kasihan si kecil itu. dia ingin meluahkan. tapi, dia tiada teman. yang memahami. dia hanya si kecil. si kecil yang keseorangan. si kecil itu hanya tersenyum. tersenyum indah. bagai tiada apa. dia cuba untuk kuat. tapi sebenarnya dia tidak mampu. kasihan si kecil itu. sendirian. merawat luka. kecewa. sekali lagi. kasihan.