Monday, November 7, 2011

yang mana kaca, yang mana sutera.

kaca.
kau dulu cantik.
lutsinar bersinar menerangi.
kau menghiasi sudut ruang itu.
walau kau kotor berdaki,
tidak sekali aku cuba menyentuh.
mengganti yang lain.
aku tetap setia bersama memerhati kau.
wahai kaca.

tetapi aku silap.
mungkin aku tidak patut tempatkan kau disudut ruang itu.
aku terlupa kau ditiup angin.
aku terlupa kau mudah pecah.
kini kau bersepai.
aku tidak lagi melihat kaca yang sama.
hati aku turut terguris.
seperti tergurisnya jari terhiris kaca.
kau tidak lagi bersinar.
kau tidak lagi bermakna.

andai kau kaca yang aku maksud kan,
dirimu tiada lagi di dalam mataku.
pergi lah kau bersama kaca bersepai yang lain.
tiada aku ingin.
dilukai oleh kaca yang dulu nya membahagia kan.
kini hanya melukakan.

aku menanti sang sutera menemani.

aku redha.