mak ayah.

terima kasih mak ayah.
kerana membesarkan aku.
menjadi insan.

terima kasih mak ayah.
kerana menjaga aku.
makan pakai aku.

terima kasih mak ayah.
hantar aku ke sekolah.
menjadi pandai.

terima kasih mak ayah.
mengatur hidup aku.
jadi seperti yang kau mahu.

terima kasih mak ayah.
menjadikan aku doktor.
walau aku mahu jadi cikgu.

terima kasih mak ayah.
kahwinkan aku dengan anak raja.
walau aku hanya mahu anak drebar.

terima kasih mak ayah.
kerana tidak memahami aku.
dari kecil hingga dewasa.

terima kasih mak ayah.
terima kasih mak ayah.

p/s : kadang-kadang, mereka lupa apa yang kita minat. mereka mahu kita menjadi seperti yang mereka mahu. mereka ialah doktor. mereka mahu kita juga doktor. mereka lupa. mereka perlu menyokong. atau menggalakkan. mereka lupa semua itu. sehingga boleh menghancurkan masa depan anak mereka. bukan salah sesiapa. tanya lah mereka. noktah.

Comments

Popular posts from this blog

kisah seorang julia. [Part 2]

Tabung Babi