Friday, November 27, 2009

kisah seorang julia. [Part 2]

[Part 2]

"Bulan depan kita pindah rumah.",ujar Dato' Kamal.
"argh ! jue tak mahu ! jue suke duduk sini.", betah julia. Matanya hampir bergenang.
"whether you like it or not, I'm the one who decide !", tegas Dato' Kamal lagi.

Udara di Shah Alam tenang. Burung riang kesana - kemari. Pokok kelapa pula bagaikan menari ditiup angin. Tersergam indah sebuah banglo milik Dato' Kamal dan Datin Nanu di hujung jalan itu. Julia mendiamkan diri di kamar barunya. Kedengaran kakak-kakaknya sibuk mengemas. Julia tidak mengendahkan semua. Julia tidak suka rumah baru itu. Walaupun lebih besar dari rumah lamanya.

Tersusun rapi sebuah katil bewarna putih, bercadar bunga-bunga ungu dibeli semasa mereka bercuti di England. Kelihatan juga sebuah meja siap di penjuru bilik bersebelahan katil. Langsir yang halus ditiup angin dari jendela bilik. Memberi sedikit ketenangan kepada Julia. Namun, Julia tidak mempedulikan semua itu. Julia lebih rela baring di atas lantai beralaskan bulu kambing dari New Zealand.

"Bilik sampai enam. sape ntah nak duduk. Ah ! bosan.", gerutu Julia dalam hati. Julia tetap tidak suka rumah baru mereka.

"Juee !!!, meh sini kejap !", panggilan Jas mengejutkan lamunannya.

"Ade ape ?!!". Julia bangkit dengan malas.

"Jue, ni borang untuk sekolah baru Jue. Jue isi, nanti bagi pa. Pa nak Jue sekolah kat seksyen 9 tu", arah Jas.

"Jas tak isi ke ?", Julia pelik. kerana kelihatan disitu hanya satu borang. Sedangkan kakaknya akan naik tingkatan 4.

"Pa nak Jas pergi sekolah vokasional. Jas tak nak!. Tapi, pa macam suruh je. Jas ikut je.", Ujar Jas sambil mengeluh. Papa mereka tidak pernah mahu mengerti apa yang anak gadis mereka mahu.

"Tak pe lah Jas. Seronok tau sekolah asrama. Jue teringin sangat. Jue nak masuk asrama jugak lah form 4 nanti. hehe". Julia cuba meyakinkan kakak kesayangannya itu.

Julia berjalan lemah ke setiap bilik di rumah barunya. Segalanya siap tersusun. Jika tanpa Mak Jah dan Pak Nuar, masakan rumah ini boleh siap dikemas dalam masa sehari. Julia ke halaman rumahnya. Sungguh tenang tatkala mendegar bunyi air dari Kolam ikan di sudut halaman itu. Alangkah tenangnya fikiran Julia. Dia cuba untuk menyukai rumah baru itu.

[bersambung]

6 comments:

aLI said...

Lagi2...?? Aku buhsan nie..keja siket ja...

Ini ialah Alia Fazlin. said...

saba ye.
sikit2.
hehehehe.

aLI said...

Aku meminatinya sebab ni mesti bukan kisah budak tingkatan 1 tuh becinta kan? Tak ready nak baca cita cinta lagik nie...

Ini ialah Alia Fazlin. said...

bukannn...
ni bukan kisah cinta.
(buat mase ni).
hehehehheheheeh.

aLI said...

haha..ada plan nampak?? Haha

Ini ialah Alia Fazlin. said...

plan sikit2.
hehehhehe.