si kecil itu. sembuh lah.

kasihan si kecil itu.
dia ingin di manja.
tapi luka yang dapat.
dia ingin di belai.
tapi tangis yang dapat.
dia sungguh kasihan.

bertahun si kecil itu cuba.
cuba untuk menerima.
cuba untuk kuat.
cuba untuk mengubat.
tapi hampa.
si kecil kecewa lagi.

si kecil tidak kuat.
dia hanya si kecil.
hati nya, si kecil mengerti.
sendiri sahaja.
tiada siapa mendengar.

kasihan si kecil itu.
dia ingin meluahkan.
tapi,
dia tiada teman.
yang memahami.

dia hanya si kecil.
si kecil yang keseorangan.

si kecil itu hanya tersenyum.
tersenyum indah.
bagai tiada apa.
dia cuba untuk kuat.
tapi sebenarnya dia tidak mampu.

kasihan si kecil itu.
sendirian.
merawat luka.
kecewa.
sekali lagi.

kasihan.

Comments

Popular posts from this blog

kisah seorang julia. [Part 2]

Tabung Babi