Friday, November 27, 2009

kisah seorang julia. [Part 1]

[Part 1]

Julia bukan lah manja seperti kanak-kanak lain. Sama seperti kakak-kakak nya juga. Malah, jarang sekali Julia dapat barang yang dihajati nya.Impian Julia, hanya ingin buat orang disekelilingnya ketawa, bahagia dan bangga. Namun, ape yang dihajati itu, tidak menjadi kenyataan.

Julia, budak tahun 6. Pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Sentul 1. Tahun ini dia bertekad mahu lulus dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah(UPSR). Julia mahu buktikan kepada ayah dan ibu nya bahawa dia juga mampu berjaya seperti kakak-kakak nya yang lain. Malang sekali, Julia menghadapi kemalangan di saat akhir. UPSR pula tidak kurang dari 2 bulan.

Malang tidak berbau, kemalangan itu telah mengakibatkan tulang buku lali Julia retak. Julia pula terpaksa ditahan di wad selama beberapa minggu. Hatinya risau dan gundah. Peperiksaan tinggal lagi sebulan. Julia masih bertongkat. Julia gagahkan juga dirinya kesekolah. Biarpun rakan-rakan lain ramai mengejek. Dia tidak pernah peduli.

Peperiksaan pun bermula. Julia menjawab semua kertas dengan tenang. Bersama tongkat disandarkan di sebelah meja, Julia tidak mempedulikan kesakitan yang dialami. Selesai kertas terakhir, Julia melangkah dewan peperiksaan dengan doa agar dia berjaya memperoleh walaupun satu A.

Cuti sekolah berlalu. Tiba lah mase keputusan Peperiksaan diumumkan. Hampir menangis Julia apabila menatap keputusannya. Seperti biasa, apa yang dihajat Julia tidak pernah kesampaian. Tidak tertera satu A pun antara lima kertas yang Julia ambil.

[bersambung]

2 comments:

StingRay said...

wow...ada cerita bersiri...

gud gud!! teruskan.! =)

Ini ialah Alia Fazlin. said...

tenkiu tenkiu.