Thursday, June 19, 2014

Biar Berjalan.

Pegang aku. Pegang kemas.
Jangan terlepas.
Biarpun rimas.

Raba aku. Raba ketat.
Cukup kuat-kuat.
Biar melekat.

Dahulu hanya senyum simpul.
Kini lengang dan lapang.
Bukan aku tak pasti.
Cuma aku tak tau erti.

Aku rasa diri sampah.
Manja hanya pada diri.
Ah bosan !
Bila hilang sendiri.

Aku kadang berlakon paksa.
Jika diri mula tak selesa.
Aku tipu katakan ya.
Pada otak tidak pada hati.

Biar saja berjalan.
Sepertimana ia berjalan.
Dan terus berjalan.
Biar berjalan..

No comments: