Saturday, March 1, 2014

Kau tahu apa yang paling susah ?

Kau tahu apa yang paling susah ?

Bila kau tengok orang depan mata kau tarung nyawa.
Cari napas yang sipi-sipi tepi kepala.
Cari udara yang sepoi-sepoi depan dada.
Tapi kau tak boleh tolong tak boleh buat apa.
Sebab kau pun ada perkara sama kau tarungkan.

Kau tahu apa yang paling susah ?

Bila kau tengok orang depan mata kau tak ade harapan.
Harapan yang bukan harapkan rumah harga berjuta-juta.
Harapan yang bukan harapkan mendapat anak cemerlang.
Tapi harapan ialah yang kau mahukan sepeluang lagi kehidupan.
Sebab kau tahu kehidupan kau bakal berakhir.

Kau tahu apa yang paling susah ?

Bila kau cuba tidur tapi orang lain berborak.
Berborak pasal makcik pakcik entah siapa-siapa.
Berborak pasal sepatah tak pentingkan kepala.
Tapi kau tak boleh bersuara kau mahu tidur.
Sebab setiap jam selang tiga, mereka juga datang periksa kau.

Kau tahu apa yng paling susah ?

Bila kau mula nak merungut tapi tahu kau tak patut.
Kau patut diam terus senyum.
Kau patut senyum terus simpan.
Tapi bukan kau simpan tanda kau tak mahu orang tahu.
Sebab kau simpan kerana rungutan boleh jadi penyakit hati.

Kau tahu apa ? Apa kau perlu tahu ?

Bahawa kalau kau tengok kau yang paling sakit,
Ada lagi yang lagi sakit.
Bahawa kalau kau tengok kau yang paling susah,
Ada lagi yang lagi susah.
Bahawa kalau kau tengok kau yang paling lemah,
Ada lagi yang lagi lemah.
Bahawa kalau kau tengok kau yang paling cela,
Ada lagi yang lagi cela.
Bahawa kalau kau tengok kau yang paling merana,
Ada lagi yang lagi merana.
Bahawa kalau kau tengok kau yang paling sengsara,
Ada lagi yang lagi sengsara.
Bahawa kalau kau tengok kau yang paling sedih,
Ada lagi yang lagi sedih.

Jadi,

Ber-perasa-an berpada-pada lah.

Pengajaran aku juga.

No comments: