Dadah

Kadang ia juga ubat.
Kadang ia juga racun.
Kadang ia melalaikan.
Kadang ia menggembirakan.

Sama macam luah mati emak.
Telan mati bapak.

Atau

Luah mati bapak.
Telan mati emak.

Aku tak pasti mana dahulu.

Yang pasti,

Sama macam keluar kandang harimau.
Masuk kandang buaya.

Atau

Keluar kandang buaya.
Masuk kandang harimau.

Aku tak pasti juga yang mana dahulu.



Apa kaitan keduanya keempatnya ???

- tak pasti.

Dan lebih tak pasti.

Apa pikiran dadah aku sekarang.
Yang tiba-tiba menangis.
Yang tiba-tiba marah.
Yang tiba-tiba sedih.
Yang tiba-tiba hiba.
Serabut..



*pause*



Teringat.

Dahulu bila terjadi,
Seseorang terus menyalahkan.

Ah ! Alasan ! Ah ! Alasan ! Ah ! Alasan !

Bilang dia.

Menjerit.
Menengking.



Akhirnya aku menangis.
Sendiri.
Dan menyalahkan dadah.
Lalu kemudian,
Haramkan badan dari sebarang dadah.
Fobia.



Tapi kini.
Haramkan dadah untuk diharamkan ke dalam badan.
Kerana aku perlukan.
Disetiap malam.


Kuat terus diri aku.
Layan lalok seround dua.


Ha ha ha ha.

Comments

Popular posts from this blog

kisah seorang julia. [Part 2]

Tabung Babi