Nukilan buatmu Lampu LipLap.

Nukilan: Mentol Malap
Buatmu: Lampu LipLap

Nukilan indah si Lampu LipLap,
Terangi hati yang pernah gelap,
Mentol yang dahulunya malap,
Bercahaya kembali seperti digilap.

Berlalu episod kedua-tahun,
Hati letih bagai diracun,
Terkenang segala sumpah yang bacul,
Mencari penawar tak muncul-muncul,

Dia percaya ketentuan Yang Esa,
Berehat seketika agar hati selesa,
Diri kecil terus bertanya,
Mungkinkah ini petunjuk dari-Nya ?

Bernafas dia sedalam-dalam,
Cuba memberi sedikit ruang,
Tak mahu dia terus tenggelam,
Terbiar diri terus seorang,

Andai sudah sedia tertulis,
Hatinya berbunga tersenyum manis,
Jodoh bukan satu gurauan,
Ianya telah ditetapkan.

Wahai Tuhan Yang Maha Adil,
Tinggi memerhati di Arasy sana,
Jika ini untuk dia yang kerdil,
Izinkanlah bahagia terlaksana.


Keakhirnya.
Ke-noktah-nya.

Comments

Popular posts from this blog

kisah seorang julia. [Part 2]

Tabung Babi