Monday, January 13, 2014

Betapa ia mencengkam.

Rindu itu menyeksakan
ia seperti dicengkam
mencengkam
bergelora tak duduk diam
berdebar tak tentu hala
seolah sesuatu tak kena
resah gelisah berpeluh peluh
dahi kerut hati gundah
menangis menguap
Bernafas pun sangkut
Ketawa pun semput
apatah lagi senyuman
adakah ia satu penyakit ?
Bila rindu semakin tinggi melangit
ingin diusir
tetapi indah
ingin diluah
tetapi tebal
buat bodoh
buat donno
lama-lama rindu hilang
diam-diam terus dipegang
betul rindu itu memang mencengkam

menyeksakan




pergi lah gila !

No comments: