Khayalan Sementara

Kita hidup dalam khayalan
Bersama khayalan.

Dimana cinta sering disampahkan
Rindu sering dipisahkan
Sayang sering diketepikan.

Namun masih ada mengaku

Dia cinta dia
Dia rindu dia
Dia sayang dia

Mereka lupa

Dia dibuang dia
Dia diracun dia
Dia dihapus dia

Rasa harus bagaimana ?

Rasa itu ada ?

Sedang mereka mati pe-rasa-an ?


Kita hanya dalam khayalan
Kerana bulatan sfera berpijaknya kita
Khayalan yang sementara.

Comments

Popular posts from this blog

kisah seorang julia. [Part 2]

Tabung Babi