engkau fikir engkau hebat ?

hei engkau.
jangan ingat aku tak tahu ape engkau buat belakang mereka.
ya, belakang mereka engkau boleh berlakon baik.
pergi beraya memakai jubah.
engkau jgn ingat aku tidak tahu.
dalam jubah ada baju tanpa lengan.

hei engkau.
dimata mereka engkau lah yang terbaik.
ya, engkau yang terbaik.
segala apa yang engkau lakukan adalah yang terbaik.
segala apa yang engkau cakap tiada salah silap nya.
tapi engkau jangan lupa.
belakang mereka aku tahu engkau bagaimana.

hei engkau.
pandai engkau sorok diri engkau sebenar.
pandai engkau tutup mata mereka.
tidak nampak siapa engkau sebenar.
dan mereka tertipu.
tertipu dengan topeng yang engkau lukis itu.
engkau jangan lupa.
aku tahu topeng lukisan engkau itu dilukis dari apa.

hei engkau.
engkau pandai mengajar aku yang tidak elok.
dan menyuruh aku buat.
tanpa engkau sama-sama buat.
supaya mereka lihat.
aku lah yang buat.
aku lah yang jahat.

hei engkau.
aku tahu engkau hebat.
aku tahu aku tak sehebat engkau.
aku tahu engkau cekap.
aku tahu aku tak secekap engkau.
engkau jangan lupa.
aku siapa.

hei engkau.
jangan ingat aku tidak berkuasa.
tapi sayang, kuasa itu aku simpan seorang sahaja.
tidak boleh diguna dimana-mana.
dan dengan itu engkau mengambil kesempatan.
dengan menunjukkan pula kuasa engkau.

hei engkau.
engkau jangan lupa juga serangkap ayat.
yang pernah kita belajar disekolah dahulu kala.
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua".
satu hari nanti, engkau pasti akan jatuh.
aku tidak akan menjatuhkan engkau.
aku akan biar engkau jatuh sendiri.
dan tidak boleh berdiri lagi.

masa itu, aku akan ketawa.
sambil berkata.
aku ialah alia.

Comments

OrkedKhairani said…
heeeee..
best jugak..
hai engaku..
engkau buat apa?
ape bikin hei engkau..
hahaha.
hai engkau.
aku tak buat apa-apa.
engkau buat apa ?
dah makan kah engkau ?
haha.

Popular posts from this blog

kisah seorang julia. [Part 2]

Tabung Babi