Posts

yang mana kaca, yang mana sutera.

kaca. kau dulu cantik. lutsinar bersinar menerangi. kau menghiasi sudut ruang itu. walau kau kotor berdaki, tidak sekali aku cuba menyentuh. mengganti yang lain. aku tetap setia bersama memerhati kau. wahai kaca. tetapi aku silap. mungkin aku tidak patut tempatkan kau disudut ruang itu. aku terlupa kau ditiup angin. aku terlupa kau mudah pecah. kini kau bersepai. aku tidak lagi melihat kaca yang sama. hati aku turut terguris. seperti tergurisnya jari terhiris kaca. kau tidak lagi bersinar. kau tidak lagi bermakna. andai kau kaca yang aku maksud kan, dirimu tiada lagi di dalam mataku. pergi lah kau bersama kaca bersepai yang lain. tiada aku ingin. dilukai oleh kaca yang dulu nya membahagia kan. kini hanya melukakan. aku menanti sang sutera menemani. aku redha.

Agar Sempurna.

Gembira. Suka. Ketawa. Ikut lah bersama. Bersama ke tahun baru. Tinggalkan segala luka. Bersama yang lama. Memori indah ku bawa bersama. Memori hitam ku tinggal selamanya. Agar sempurna. Selamat Tahun Baru.

pergi lah.

Pergi lah duka. Tinggal bersama segala kenangan. Yang ku harapkan hanya lah gembira.

karma.

aku percaya pada karma. kau bisa rasa kembali apa aku rasa. kerana. aku percaya pada karma.

setelah segala aku beri.

aku beri dia bahagia. dia beri aku luka. aku beri dia ketawa. dia beri aku luka. aku beri dia kekuatan. dia beri aku luka. aku beri dia gembira. dia beri aku luka. aku beri dia sokongan. dia beri aku luka. aku beri dia madu. dia beri aku luka. aku beri dia senyuman. dia beri aku luka. aku beri dia segalanya. dia beri aku luka. apa lagi harus aku beri ?

tak ingin aku ia kembali.

hidup aku. ibarat tomato. diluar nampak segar. tapi. didalam masam terasa. hidup aku. ibarat penipu. terlakar ketawa diluaran. tercakar luka didalaman. aku benci menangis seorang diri. sering aku harapkan sang rama-rama menemani. aku tahu semua itu hanya mimpi. tak mungkin sang rama-rama datang mendampingi. pergilah perasaan. tinggalkan aku seorang. pergilah perasaan. aku perlukan ruang. pergi jauh tercampak disana. tak ingin aku ia kembali. tak ingin aku ia kembali. aku terkenang perkara itu lagi......... aku kecewa.

how if I had wings ?

If I had wings. I would give one to him. so we can fly together. to the place we want. where nobody bother.