Posts

mudah.

roda itu keatas kebawah. bukan kekiri kekanan. dia kedepan kebelakang. bodoh.

rendah

dia rasa rendah. dia rasa kecil. dia jatuh. tak mampu bangun. dia hilang. entah dimana. dia tidak berguna. sungguh tiada guna. mengapa dia di dunia ? dia tiada siapa. dia rasa hina. dia rasa lemah. tak mampu lagi. sakit.

tersungkur.

dia kuat. dia gagah. dia tabah. tapi dia tersungkur. jatuh terjelopok. mencium jubin. tidak berbasuh. siang hari dia bermimpi. petang hari dia hujan. teruk dia tersungkur. tercedera. terasa malu. terasa hina. dia lupa. pernah dia kuat. pernah dia gagah. pernah dia tabah. konon boleh. konon mampu. dia lupa. harapan dia setinggi gunung. hancur berkecai di permulaan. belum bermula. sudah berakhir. pulang dia dari hujung dunia. mencari apa yang ada. menggapai apa yang mampu. kembali ke jalannya. malu. seksa. dicemuh. dihina. dia buntu.

kamek.

ulat sagu jadi lauk. mee kolok jadi makanan. sampan kecil jadi kereta. pokok - pokok jadi teman. ke dunia baru aku melangkah. urat - urat terkejut. ibu bapa seronok. kakak meraung. rakan menangis. bahagia lah untuk aku. berdoa lah untuk aku. agar selamat aku disana. ditempat orang. sungguh aku tak ingin. sungguh aku tak mahu. tapi ini tugas aku. aku perlu. tabah lah alia. kuat lah alia. harungi semua. bila teman tiada.

separuh jiwaku pergi.

separuh jiwaku pergi. membanting tulang. tetap aku menunggu. separuh jiwa itu kembali. selamat kembali sayang.

dia kaku terpaku.

ke kanan dia mencari, di kiri dia temui. selangkah dia bergerak, berbatu dia temui. tiada jauh, tiada dekat. bersungguh-sungguh menggapai bintang, jatuh di lautan. dia bertanya, sedalam mana jatuhnya bintang ? dia menjawab, sedalam dia mahu mencari. selongkar hati ingin tahu, di hujung sana dia terpaku. dia duduk, kaku. penat. lelah.

tiada kata.

mereka hilang kata-kata. aku menggaru kepala. disudut sana mereka tertawa. dibalik sini dia merana. jauh berjalan. menaiki gunung. tidak berdaki. tidak sampai. aku diam tiada luah. mendengar khabar dari sana. aku pusing tiada hala. mencari kekuatan entah di mana. sedikit aku jalan. berlari aku mengejar. tingginya impian. setinggi awan. diam. tatkala tercapai. tiada kata. tangis terluah.