dia kaku terpaku.

ke kanan dia mencari,
di kiri dia temui.

selangkah dia bergerak,
berbatu dia temui.

tiada jauh,
tiada dekat.

bersungguh-sungguh menggapai bintang,
jatuh di lautan.

dia bertanya,
sedalam mana jatuhnya bintang ?

dia menjawab,
sedalam dia mahu mencari.

selongkar hati ingin tahu,
di hujung sana dia terpaku.

dia duduk,
kaku.
penat.
lelah.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Babi

Siang dan malam

I breathe.