Posts

Kembalilah burung besi kami...

Beratus mata bengkak Beribu hati teriak Berjuta dada sebak Berlepas kau dengan senyuman Hilang kau dengan tangisan Terus hilang tiada kesan Bertahanlah jiwa Beransurlah duka Bersemangatlah semua Jangan pernah putus harap Jangan sangsi jangan silap Terus berdoa terus tetap Akan pulang disuatu hari Menggembirakan ribuan sang hati Kami menanti kami menanti. Walau limapuluh tahun lagi. Kembalilah burung besi kami... Kembalikan burung besi kami........ #prayforMH370

Akhirnya

Akhirnya aku tangis. Sebab yang sungguh aku pasti. Yang aku menyendiri. Aku diam. Berdiri. Semua tak mengerti. Menyendiri... Aku letih berlari. Untuk sendiri memahami. Kadang aku cuba berhenti. Biar berjalan dengan sendiri. Aku tahan perasaan sendiri. Aku sapu air mata sendiri. Dalam tirai menangis sendiri. Pejam mata buka mata tetap sendiri. Aku cuma benci. Bila hati jadi pedih. Aku cuma benci. Bila hati jadi sedih.... Menangis lah alia. Semahu-mahunya.. Tiada yang nampak. Tiada yang mengerti.. Tiada !

Dadah

Kadang ia juga ubat. Kadang ia juga racun. Kadang ia melalaikan. Kadang ia menggembirakan. Sama macam luah mati emak. Telan mati bapak. Atau Luah mati bapak. Telan mati emak. Aku tak pasti mana dahulu. Yang pasti, Sama macam keluar kandang harimau. Masuk kandang buaya. Atau Keluar kandang buaya. Masuk kandang harimau. Aku tak pasti juga yang mana dahulu. Apa kaitan keduanya keempatnya ??? - tak pasti. Dan lebih tak pasti. Apa pikiran dadah aku sekarang. Yang tiba-tiba menangis. Yang tiba-tiba marah. Yang tiba-tiba sedih. Yang tiba-tiba hiba. Serabut.. *pause* Teringat. Dahulu bila terjadi, Seseorang terus menyalahkan. Ah ! Alasan ! Ah ! Alasan ! Ah ! Alasan ! Bilang dia. Menjerit. Menengking. Akhirnya aku menangis. Sendiri. Dan menyalahkan dadah. Lalu kemudian, Haramkan badan dari sebarang dadah. Fobia. Tapi kini. Haramkan dadah untuk diharamkan ke dalam badan. Kerana aku perlukan. ...

Kau tahu apa yang paling susah ?

Kau tahu apa yang paling susah ? Bila kau tengok orang depan mata kau tarung nyawa. Cari napas yang sipi-sipi tepi kepala. Cari udara yang sepoi-sepoi depan dada. Tapi kau tak boleh tolong tak boleh buat apa. Sebab kau pun ada perkara sama kau tarungkan. Kau tahu apa yang paling susah ? Bila kau tengok orang depan mata kau tak ade harapan. Harapan yang bukan harapkan rumah harga berjuta-juta. Harapan yang bukan harapkan mendapat anak cemerlang. Tapi harapan ialah yang kau mahukan sepeluang lagi kehidupan. Sebab kau tahu kehidupan kau bakal berakhir. Kau tahu apa yang paling susah ? Bila kau cuba tidur tapi orang lain berborak. Berborak pasal makcik pakcik entah siapa-siapa. Berborak pasal sepatah tak pentingkan kepala. Tapi kau tak boleh bersuara kau mahu tidur. Sebab setiap jam selang tiga, mereka juga datang periksa kau. Kau tahu apa yng paling susah ? Bila kau mula nak merungut tapi tahu kau tak patut. Kau patut diam terus senyum. Kau patut s...

Di sementara

Seminit lepas aku mimpi. Mimpi sendiri yang tak pasti. Dalam diam aku berfikir. Dan bertanya.... Sampai bila ? Sampai bila ? Diam sahaja. Tiada apa. Namun perlu aku teruskan juga. Kerana aku masih di sementara.

Semua Serentak.

Apabila semua datang. Semua datang segala serentak. Aku tersentap. Aku nak muntah. Tak mampu simpan. Dan tak mampu luah. Mahu aku carut; Silaka. Tapi apa aku dapat ? Tiada. Mahu aku membabikan sahaja. Bagai kulit disiat-siat. Disiram cuka Apple Cider. Pedih sial ! Aku cuba tenang beristighfar; Astaghfirullah. Astaghfirullah. Menyebut nama Yang Esa. Mengalun kalam-kalamNya. Bahawa kalamNya pengubat hiba. " Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman" -Surah Israa' : 82. Aku terus lena....

Manja aku hanya kau seorang boleh rasa.

Image
Dia akhirnya terjumpa. Sang rama-rama. Yang buat dia ketawa. Yang buat dia ceria. Yang buat dia lupa. Terdahulu yang segala. Dia akhirnya temui. Si pelangi. Yang menerangi. Yang menyinari. Yang menyeri. Disetiap hari. Dia harapkan tetap. Tetap bersama. Tetap keakhirnya. Tetap ke-tua. Tetap selamanya. Janji dia, Jadi yang tercomel. Jadi yang tergila. Jadi yang tersewel. Jadi yang terdegil ? Jadi yang tergedik. Jadi yang termanja. Jadi yang terbaik. Jadi yang terindah. Jadi yang tersemua. Jadi dia. InshaAllah. Tolong jangan keluar dari hati. Dia tak mahu sakit parah lagi.