Posts

pop corn.

hidup ini macam pop corn. ada bahagian yang manis. ada bahagian yang tawar. ada bahagian yang tiada apa-apa rasa.

air mata.

air ini hampir jatuh. aku tahan. hati sakit. air ini hampir jatuh. seperti malam tadi.

mak ayah.

terima kasih mak ayah. kerana membesarkan aku. menjadi insan. terima kasih mak ayah. kerana menjaga aku. makan pakai aku. terima kasih mak ayah. hantar aku ke sekolah. menjadi pandai. terima kasih mak ayah. mengatur hidup aku. jadi seperti yang kau mahu. terima kasih mak ayah. menjadikan aku doktor. walau aku mahu jadi cikgu. terima kasih mak ayah. kahwinkan aku dengan anak raja. walau aku hanya mahu anak drebar. terima kasih mak ayah. kerana tidak memahami aku. dari kecil hingga dewasa. terima kasih mak ayah. terima kasih mak ayah. p/s : kadang-kadang, mereka lupa apa yang kita minat. mereka mahu kita menjadi seperti yang mereka mahu. mereka ialah doktor. mereka mahu kita juga doktor. mereka lupa. mereka perlu menyokong. atau menggalakkan. mereka lupa semua itu. sehingga boleh menghancurkan masa depan anak mereka. bukan salah sesiapa. tanya lah mereka. noktah.

aku mahu. tapi malu.

oi. aku sayang engkau. aku mahu beritahu engkau. supaya engkau tahu. tapi aku malu. oi. aku sayang engkau. tapi, engkau tak tahu. atau engkau buat-buat tak tahu. jangan lah macam tu. oi. aku sayang engkau. dah lame. aku nak engkau rase. ape yang aku rase. oi. aku sayang engkau. aku dah tak mampu. nak tanggung rase sayang aku. aku rase nak jerit. oi. aku sayang engkau. aku tahu engkau sayang aku jugak. tapi engkau tak nak mengaku. konon engkau pun malu. oi. aku sayang engkau. engkau buat aku seksa. tapi aku bahagia. sebab kite selalu jumpa. oi. aku sayang engkau. hari-hari aku berdoa. engkau jodoh aku. walaupun aku tahu, itu semua tipu. oi. aku sayang engkau. aku teringin hendak berjalan bermesra dengan engkau. aku tengok engkau senyum dari jauh. sampai aku mimpi-mimpi. oi. aku sayang engkau. aku harap aku dapat beritahu engkau. engkau cinta pandang pertama aku. engkau cinta pertama aku. oi. aku sayang engkau. aku nak beritahu engkau. aku sayang engkau. sayang sangat-sangat. macam semut...

kisah seorang julia. [Part 2]

[Part 2] "Bulan depan kita pindah rumah.",ujar Dato' Kamal. "argh ! jue tak mahu ! jue suke duduk sini.", betah julia. Matanya hampir bergenang. "whether you like it or not, I'm the one who decide !", tegas Dato' Kamal lagi. Udara di Shah Alam tenang. Burung riang kesana - kemari. Pokok kelapa pula bagaikan menari ditiup angin. Tersergam indah sebuah banglo milik Dato' Kamal dan Datin Nanu di hujung jalan itu. Julia mendiamkan diri di kamar barunya. Kedengaran kakak-kakaknya sibuk mengemas. Julia tidak mengendahkan semua. Julia tidak suka rumah baru itu. Walaupun lebih besar dari rumah lamanya. Tersusun rapi sebuah katil bewarna putih, bercadar bunga-bunga ungu dibeli semasa mereka bercuti di England. Kelihatan juga sebuah meja siap di penjuru bilik bersebelahan katil. Langsir yang halus ditiup angin dari jendela bilik. Memberi sedikit ketenangan kepada Julia. Namun, Julia tidak mempedulikan semua itu. Julia lebih rela baring di atas lantai...

kisah seorang julia. [Part 1]

[Part 1] Julia bukan lah manja seperti kanak-kanak lain. Sama seperti kakak-kakak nya juga. Malah, jarang sekali Julia dapat barang yang dihajati nya.Impian Julia, hanya ingin buat orang disekelilingnya ketawa, bahagia dan bangga. Namun, ape yang dihajati itu, tidak menjadi kenyataan. Julia, budak tahun 6. Pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Sentul 1. Tahun ini dia bertekad mahu lulus dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah(UPSR). Julia mahu buktikan kepada ayah dan ibu nya bahawa dia juga mampu berjaya seperti kakak-kakak nya yang lain. Malang sekali, Julia menghadapi kemalangan di saat akhir. UPSR pula tidak kurang dari 2 bulan. Malang tidak berbau, kemalangan itu telah mengakibatkan tulang buku lali Julia retak. Julia pula terpaksa ditahan di wad selama beberapa minggu. Hatinya risau dan gundah. Peperiksaan tinggal lagi sebulan. Julia masih bertongkat. Julia gagahkan juga dirinya kesekolah. Biarpun rakan-rakan lain ramai mengejek. Dia tidak pernah peduli. Peperiksaan pun ...

mereka bangga mereka ada.

mereka bangga mereka ada blackberry. mereka bangga mereka ada kereta swift. mereka bangga mereka ada rumah banglo. mereka bangga mereka ada bath tub di bilik air mereka. mereka bangga mereka ada gaji besar. mereka bangga mereka ada baju baru yang tak pakai lagi. mereka bangga mereka ada kereta nombor plat sama. mereka bangga mereka kurus. mereka bangga mereka boleh pakai seksi. mereka bangga buah hati mereka hensem. mereka bangga mereka ada laptop mahal. mereka bangga mereka menggunakan processor quad core. mereka bangga mereka pandai main gitar. mereka bangga adik mereka cantik. mereka bangga ayah mereka mejar. mereka bangga orang bagi mereka bunga sejambak. mereka bangga orang perhatikan mereka. mereka bangga orang meletakkan mereka di atas. mereka bangga mereka ada lesung pipit. mereka bangga mereka pakai pendakap gigi. mereka bangga mereka punyai suara lunak. mereka bangga mereka ada psp. mereka bangga pasukan bola sepak kegemaran mereka menang EPL. mereka bangga mereka punya ramai...